awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib ucap takziah atas pemergian Tan Sri Sanusi Junid

Bernama
Bernama
09/03/2018
08:26 MYT
PM Najib ucap takziah atas pemergian Tan Sri Sanusi Junid
Sanusi, 75 tahun meninggal dunia di kediamannya di Pantai Dalam Kuala Lumpur, pagi tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke rahmatullah bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid.
Sanusi, 75 tahun meninggal dunia di kediamannya di Pantai Dalam di sini, pagi tadi.
Menerusi laman Twitternya, Najib berkata sumbangan Allahyarham kepada UMNO dan Barisan Nasional akan dikenang dan terus dihargai.
"Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah kepada keluarga mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Sumbangan beliau kepada UMNO dan BN akan dikenang dan dihargai. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah," kata perdana menteri.
Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah kepada keluarga mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Sumbangan beliau kepada UMNO dan BN akan dikenang dan dihargai. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 9, 2018
Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#jenazah
#Kedah
#keluarga
#meninggal dunia
#Menteri Besar
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#PM
#Sanusi Junid
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan