[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

PM Najib ucap takziah kepada keluarga Siti Rahmah

Bernama 24/03/2017 | 11:27 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga veteran UMNO Datuk Siti Rahmah Kassim yang meninggal dunia pagi tadi. -Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga veteran UMNO Datuk Siti Rahmah Kassim yang meninggal dunia pagi tadi.
"Innalillah. Terima berita sedih. Datuk Siti Rahmah Kassim telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi.
"Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah," kata Najib menerusi laman Twitternya malam ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Siti Rahmah yang juga pejuang kemerdekaan itu meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Kelana Jaya pada 10.55 pagi tadi, meninggalkan empat anak perempuan dan seorang lelaki.
Jenazah Siti Rahmah, 91, disembahyangkan selepas solat Asar di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya sebelum dikebumikan pada kira-kira 5.40 petang tadi.
Allahyarham adalah wanita pertama yang menyerahkan barang kemasnya kepada bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman untuk menampung perbelanjaan rombongan ke London dalam misi menuntut kemerdekaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Masjid Al-Hidayah #Najib Razak #Siti Rahmah Kassim #Veteran UMNO