MALAYSIA
PM Pakistan lawat Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
Wisma Putra memberitahu, lawatan Shehbaz Sharif itu adalah sebagai membalas lawatan rasmi Anwar ke Pakistan pada Oktober 2024. - Reuters
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 5 hingga 7 Okt atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra berkata lawatan itu adalah sebagai membalas lawatan rasmi Anwar ke Pakistan pada Oktober 2024.
Pemimpin Pakistan itu akan diiringi oleh menteri Kabinet, termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Mohammad Ishaq Dar.
Shehbaz akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 6 Okt diikuti mesyuarat dua hala bersama perdana menteri.
"Kedua-dua pemimpin dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama antara Malaysia-Pakistan, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan dan pertahanan," menurut Wisma Putra.
Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Selain itu, kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pertukaran lima memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pelancongan, pendidikan tinggi, pensijilan halal, pencegahan dan pembanterasan rasuah, perusahaan kecil dan sederhana, serta Pertukaran Nota (EoN) dalam bidang latihan untuk diplomat.
Shehbaz turut akan menyampaikan naskhah dalam bahasa Urdu buku "SCRIPT: For a Better Malaysia" kepada Anwar.
Satu jamuan rasmi bagi meraikan Shehbaz Sharif turut akan diadakan di Kompleks Seri Perdana.
Kedua-dua perdana menteri juga dijadualkan menghadiri Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Pakistan-Malaysia.
Sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan, komitmen dalam pembangunan negara, khidmat kepada rakyat serta usaha memartabatkan nilai-nilai Islam dalam tadbir urus, Shehbaz akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan dan Tadbir Urus oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
"Lawatan ini dijangka memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama dalam bidang yang berkepentingan bersama," tambah Wisma Putra.
Malaysia dan Pakistan menjalinkan hubungan diplomatik pada 1957. Hubungan dua hala itu telah ditingkatkan kepada tahap Perkongsian Strategik pada Mac 2019.
Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Pakistan mencecah RM8.07 bilion (US$1.76 bilion), meningkat 25.5 peratus berbanding 2023.
Antara barangan eksport utama Malaysia ialah minyak sawit, petroleum dan produk kimia manakala import dari Pakistan terdiri daripada hasil pertanian, tekstil, pakaian, kasut serta produk petroleum.
-- BERNAMA