Pelan hala tuju pembangunan negara pasca 2020 bakal ditentukan dalam tempoh antara setahun atau dua tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha perbincangan perlu bermula dalam masa terdekat bagi meneliti visi negara seterusnya selepas mencapai status negara maju.
Ujar Najib, proses percambahan fikiran itu perlu bermula segera berikutan ia melibatkan semua pihak berkepentingan.
"Kita tak boleh tunggu pada 2020 baru kita nak menentukan atau mengolah apa bentuk visi selepas 2020.
"Proses percambahan fikiran ini dan keterlibatan pelbagai golongan dan pihak termasuk cendekiawan, NGO, masyarakat sivil sudah tentu makan masa," katanya ketika berucap pada majlis makan malam tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (PPTD) di Putrajaya, malam tadi.
Dalam pada itu, Najib ingin melihat kedudukan Malaysia antara 10 negara paling berdaya saing dunia.
"Laporan World Bank menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang ke-18 paling kompetitif di dunia tetapi saya tidak berpuas hati dengan kedudukan 18.
"Kita mesti berada di tangga 10 teratas. Kita perlu melakukan apa sahaja yang perlu untuk mencapai kedudukan itu dalam masa tertentu," katanya.
Malaysia ketika ini berada pada kedudukan ke-18 negara paling berdaya saing oleh World Economic Forum mengatasi Korea Selatan, Australia dan Perancis.
Tan Su Lin
Mon Dec 14 2015
NAJIB: Kita tak boleh tunggu pada 2020 baru kita nak menentukan atau mengolah apa bentuk visi selepas 2020. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disembunyikan.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.