KUALA LUMPUR : Wakil pemandu e-hailing dan p-hailing dijadual bertemu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pada Isnin ini.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Khaizulnizam Mohamad Zuldin berkata, Pejabat Perdana Menteri selepas ini juga akan mengatur pertemuan mereka dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Menurutnya, beberapa libat urus hampir sama juga akan dirancang memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob prihatin dan memandang serius isu berkenaan dan mahu ia diselesaikan sebaik mungkin.
"Kesungguhan pihak kerajaan dilihat amat tinggi terhadap pembelaan mereka. Sebab itu kerajaan luluskan usul Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), insurans yang diumumkan dalam bajet sebelum ini telah dilaksanakan.
"Cuma masih ada dua tuntutan belum dilaksanakan iaitu badan kawal selia dan pengiktirafan mereka sebagai pekerja. Saya akan bersama membantu mereka dan Perdana Menteri juga serius untuk membela mereka.
"Sesi begini kita akan teruskan dan pentingnya, hari Isnin nanti, kita sudah aturkan (pertemuan) bersama Menteri Pengangkutan. Selepas ini, kita akan bawa kumpulan ini untuk bertemu Kementerian Sumber Manusia supaya perkara ini lebih cepat diselesaikan," katanya.
VIDEO: Cerita Sebalik Berita: Di sebalik mogok penghantar makanan
Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan isu p-hailing dan e-hailing di sini pada Jumaat yang turut dihadiri Timbalan Presiden Grab Driver Malaysia Association (GDMA) Mohd Azril Ahmat dan Timbalan Presiden Persatuan Penghantar E-Hailing Malaysia, Abdul Hakim Abdul Rani.
Terdahulu, beberapa wakil kedua-dua persatuan itu mengadakan perbincangan hampir satu jam dengan wakil Pejabat Perdana Menteri dan Pemuda UMNO Malaysia yang diwakili Exconya, Fairuz Jamaludin.
Antara isu dibangkitkan dalam pertemuan itu adalah caj syarikat pengendali yang dianggap tidak berbaloi, tambang yang semakin rendah, lambakan penghantar p-hailing serta beberapa isu lain.
Terdahulu media melaporkan rakan kongsi penghantaran Grab tidak berpuas hati dengan kadar rata semasa yang dibayar bagi setiap penghantaran, sehingga mencetuskan perancangan gerakan boikot selama sehari pada Jumaat (5 Ogos).
Mereka mendakwa tidak diberi upah yang setimpal, terutamanya yang mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.
Begitupun, Grab Malaysia mendakwa mereka tidak mengurangkan upah untuk perkhidmatan penghantaran sebaliknya isu yang tercetus merupakan kes terpencil membabitkan rakan penghantaran mereka.
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Grab Malaysia memaklumkan isu itu yang menimbulkan salah faham dalam kalangan rakan penghantar, telah pun diselesaikan dan diperjelaskan kepada mereka yang terlibat.
-ENDS-
Ridauddin Daud
Fri Aug 05 2022

Beberapa wakil kedua-dua persatuan mengadakan perbincangan hampir satu jam dengan wakil Pejabat Perdana Menteri dan Pemuda UMNO Malaysia di ibu negara. - Astro AWANI

RUU Antigangguan Seksual lindungi wanita dan juga lelaki - Zurainah
Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, RUU AGS bukan sahaja untuk melindungi wanita sahaja tetapi juga lelaki selain menjelaskan wanita mahu layanan saksama dalam isu berkenaan.

Malaysia-Jepun | PM gesa teroka kerjasama bidang baharu ESG
Kerajaan menggesa agar bidang-bidang kerjasama baharu berkaitan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dapat diterokai oleh Malaysia dan Jepun melalui projek dan program yang dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur (DPT). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk mempelbagaikan kerjasama dalam bidang krisis bencana, masyarakat menua, ekonomi digital, sains, teknologi dan inovasi serta pertumbuhan hijau.

Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya
Ketika pesawat itu mahu mendarat, lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan banyak kenderaan.

Malaysia-Jepun | Teroka kerjasama tangani isu rantaian bekalan
Datuk Seri Ismail Sabri menyarankan Malaysia dan Jepun untuk meneroka kerjasama bagi menangani isu berkaitan rantaian bekalan melalui platform Dasar Pandang ke Timur (DPT). Perdana Menteri berkata, cabaran global diharap menjadi pencetus kepada pembentukan kerjasama DPT bagi kepentingan bersama kedua-dua negara. Langkah itu, kata beliau bagi merancakkan lagi aktiviti perdagangan agar ekonomi kembali pulih dengan cepat.

Ekonomi Singapura tumbuh lebih perlahan suku kedua
Ekonomi Singapura tumbuh lebih perlahan pada suku kedua 2022 pada 4.4 peratus berbanding unjuran 4.8 peratus, namun lebih tinggi berbanding suku pertama pada 3.8 peratus.

Ekonomi Singapura | Tumbuh lebih perlahan pada suku kedua 2022
Ekonomi Singapura tumbuh lebih perlahan pada suku kedua 2022 pada 4.4 peratus berbanding unjuran 4.8 peratus, namun lebih tinggi berbanding suku pertama pada 3.8 peratus. Pertumbuhan ini disokong terutama oleh sektor pembuatan, perkhidmatan lain dan sektor komunikasi dan maklumat.

Dewan Negara | Isu kewarganegara anak rakyat Malaysia dibahas
Isu kewarganegaraan anak bagi rakyat wanita malaysia yang lahir di luar negara akan dibahaskan di Dewan Negara petang ini. Usul itu dibawakan Senator Datuk Seri Zurainah Musa memohon untuk membahaskan dan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan dibawah Peraturan Mesyuarat 17(1).

Filem Mat Kilau ke Indonesia selepas kutip hampir RM100 juta
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan mula ditayangkan di Indonesia pada 31 Ogos ini.

Video tular: Peragut wanita dah kena cekup polis
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai meragut beg tangan seorang wanita di Lorong Songkit 3, Taman Sentosa di sini pada Selasa.

AWANI Ringkas: 394 kawasan Lembah Klang alami gangguan air
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM prihatin isu 'rider', pertemuan dengan Menteri Pengangkutan diatur Isnin ini
Pejabat Perdana Menteri selepas ini juga akan mengatur pertemuan mereka dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

11 pekerja perkhidmatan p-hailing Selangor terlibat kemalangan maut - JPJ
Seramai 11 pekerja penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal (p-hailing) di Selangor, terlibat dalam kemalangan maut pada lapan bulan pertama tahun ini.

'Kenapa saya bangkitkan isu maruah pekerja?'
Jika diskusi ditonton sepenuhnya dan difahami maksud sebenar yang ingin disampaikan, ia memberi mesej amat jelas kepada pihak kerajaan untuk mengangkat martabat dan 'maruah' pekerja di Malaysia.