PM rakam rasa sedih, takziah kepada keluarga mangsa kebakaran tahfiz

Bernama
September 15, 2017 01:00 MYT
Najib menasihati pihak pengurusan tahfiz di seluruh negara agar memandang berat aspek keselamatan dengan mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.
Datuk Seri Najib Razak merakamkan rasa sedih atas tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di ibu negara awal pagi semalam, yang menyebabkan 21 pelajar dan dua guru terkorban.
Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
"Saya mendoakan agar roh mereka disemadikan bersama para syuhada kerana mereka mempunyai iman yang kuat," katanya pada sidang media selepas pertemuannya dengan rakan sejawatannya dari United Kingdom Theresa May di pejabat Perdana Menteri UK itu di 10 Downing Street di sini pada Khamis.
BACA: Kebakaran pusat tahfiz: Ambil iktibar agar tidak berulang - PM Najib
BACA: Kebakaran pusat tahfiz disifatkan paling dahsyat - Media antarabangsa
Najib seterusnya menasihati pihak pengurusan tahfiz di seluruh negara agar memandang berat aspek keselamatan dengan mematuhi semua garis panduan berhubung keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian serupa berulang.
-- BERNAMA
#garis panduan #kebakaran #keselamatan #mangsa kebakaran #Najib Razak #Perdana Menteri #Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah #tahfiz #Theresa May #United Kingdom