awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM saksi MaGIC tandatangani MoU dengan dua pertubuhan terkenal

Bernama
Bernama
26/04/2014
00:32 MYT
PM saksi MaGIC tandatangani MoU dengan dua pertubuhan terkenal
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC) dengan dua pertubuhan terkenal AS, Universiti Stanford dan UP Global untuk meningkat dan membangunkan ekosistem usahawan yang bertenaga di Malaysia.
Dalam ucapannya, Najib berkata, beliau adalah penyokong kuat seluruh konsep MaGIC, kerana beliau percaya kepada semangat, tenaga dan kreativiti golongan muda.
Oleh itu, katanya, pelbagai peluang dan ekosistem perlu diwujudkan untuk mereka berjaya.
”Ini adalah permulaan kepada satu cerita kejayaan. Kita mahu melahirkan usahawan muda yang boleh menguasai pentas dunia pada masa depan," katanya. MaGIC, pusat sehenti yang akan menyediakan semua kemudahan untuk usahawan, merancang untuk merobah Malaysia kepada negara keusahawanan yang dinamik dengan membolehkan usahawan tempatan dan antarabangsa untuk memula dan mengembangkan perniagaan mereka dengan berjaya.
Dua fakulti bertaraf dunia Universiti Stanford akan bekerjasama dengan MaGIC: Fakulti Perniagaan Graduan Stanford dan Fakulti Kejuruteraan Stanford, dibantu oleh Pusat Pembangunan Profesional Stanford.
Sementara itu, perkongsian dengan UP Global direka untuk meningkatkan tahap kegiatan keusahawanan dan mewujudkan syarikat baharu di Malaysia, memajukan Malaysia sebagai hab baru bermula global dan pusat aktiviti untuk Asia Tenggara.
Kerjasama lain yang akan melengkapkan usaha MaGIC ialah antara Perbadanan Bioteknologi Malaysia dan California Institute for Quantitative Biosciences (QB3).
Kerjasama itu akan bertindak sebagai tapak pelancaran untuk Program Keusahawanan Bio yang bertujuan mewujudkan dan membolehkan persekitaran meningkatkan pengkomersilan produk dan perkhidmatan brasaskan bio untuk penyelidik dan pengusaha bioteknologi.
Selain itu, Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) juga menandakan permulaan Program Rakan Kongsi Penyumberan Luar (OSP3) dengan rakan kongsi OSP3 pertama, Elixir Capital Management, pengurus dana berpangkalan di Lembah Silicon untuk melancarkan Dana Strait ECM.
Dana Strait itu menyasarkan peluang pertumbuhan pelaburan ekuiti bagi membantu meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana di rantau Asia.
MAVCAP juga menandatangani Perjanjian Perkongsian Terhad dengan komitmen US$5 juta daripada MAVCAP dengan 500 Durian LP, dana tempatan yang bertujuan melabur dalam syarikat baru bermula di rantau Asia Tenggara.
Durian LP akan diuruskan oleh 500 Startups yang berpangkalan di California.
Kerjasama ini akan meningkatkan program pembangunan dan mempercepatkan pertumbuhan negara keusahawanan di samping melengkapkan inisiatif MaGIC.
Presiden AS, Barack Obama dijangka melancarkan MaGIC Ahad ini sempena lawatan tiga harinya ke Malaysia mulai esok.
Topic Berkaitan
#MaGIC
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan