awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi

Bernama
Bernama
31/10/2024
14:00 MYT
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Anwar berkata sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi, semalam. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi, semalam.
"Saya dimaklumkan bahawa saudari Joselyn perlu memikul amanah selaku ketua keluarga selepas kematian bapa manakala ibunya pula pulang ke Filipina.
"Beliau juga perlu membesarkan dua orang adik-beradik yang masih bersekolah serta seorang adik bongsu yang menghidap autisme," katanya.
Anwar berkata beliau telah meminta Ahmad Farhan untuk membantu memanjangkan permohonan Joselyn untuk mendapatkan kad pengenalan dengan sesegera mungkin.
Kisah Joselyn, 27, sebelum ini dilaporkan sebuah portal berita yang menceritakan mengenai sambutan suram Deepavali bersama tiga adik-beradiknya tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#sampaikan sumbangan
#Joselyn Dewi
#Deepavali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan