awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun

Bernama
Bernama
28/07/2024
15:58 MYT
PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM5,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam kebakaran lapan buah rumah di Kampung Manjoi, Tambun, Perak hari ini.
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.
"Saya difahamkan hasil laporan awal pihak bomba mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas.
"Sumbangan segera sebanyak RM5,000 telah disalurkan saudara Kamil bagi pihak saya kepada setiap keluarga yang terlibat," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Perdana Menteri turut mendoakan agar urusan mangsa kebakaran dipermudah dan mereka diberi ketabahan dalam mendepani ujian itu.
Menurut beberapa hantaran di laman Facebook, kebakaran yang berlaku sekitar 5.40 petang tadi memusnahkan lapan rumah dengan enam daripadanya berpenghuni. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM sampaikan sumbangan
#mangsa kebakaran
#Tambun
#Kampung Manjoi
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan