[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

PM sampaikan amanat khas mengenai PKPP 8 malam ini

Bernama 28/08/2020 | 05:17 MYT
Pada 7 Jun lepas, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan PKPB selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini. - Gambar fail
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini.

Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Pada 7 Jun lepas, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini.

-- BERNAMA
#amanat #Astro Awani #COVID-19 #Muhyiddin Yassin #pandemik #Perdana Menteri #perintah kawalan pergerakan #perintah kawalan pergerakan bersyarat #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #Perutusan Khas #PKPP