Skip to main content

Malaysia

PM sampaikan kemas kini GSF, pelan damai Gaza 4.30 petang hari ini

61759394829_AnwarIbrahim.jpg
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas secara langsung pada jam 4.30 petang, Sabtu.

Siaran langsung itu bertujuan untuk memberikan perkembangan terkini berhubung usaha pembebasan  wira dan wirawati Malaysia yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berada dalam tahanan Israel.

23 rakyat Malaysia menyertai palayaran kemanusiaan GSF. Manakala sembilan lagi rakyat Malaysia, termasuk wartawan Astro AWANI, Syaff Syukri, menyertai Freedom Flotilla yang masih dalam pelayaran menuju Gaza.

Astro AWANI dimaklumkan, dalam siaran sama, Perdana Menteri akan turut menyentuh mengenai inisiatif Pelan Damai Gaza yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Setakat Sabtu, pelan tersebut disambut baik oleh pihak Hamas dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai langkah untuk menghentikan penderitaan rakyat Gaza yang dibantai rejim Israel.









Advertisement

Must Watch Video