NATIONAL
PM saran anak muda rebut peluang dalam industri semikonduktor
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa golongan muda agar mengambil peluang sepenuhnya daripada perkembangan pesat industri semikonduktor di Malaysia yang kini mendapat perhatian syarikat gergasi dunia. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa golongan muda agar mengambil peluang sepenuhnya daripada perkembangan pesat industri semikonduktor di Malaysia yang kini mendapat perhatian syarikat gergasi dunia.
Ringkasan AI
Beliau berkata Malaysia kini muncul sebagai hab penting semikonduktor di rantau ini bukan hanya dalam aspek rantaian bekalan di peringkat rendah tetapi juga menjadi destinasi pilihan pelabur utama global.
"Malaysia sekarang menjadi hab semikonduktor di rantau ini... syarikat-syarikat besar seperti Infineon di Kedah, nVidia di Johor dan semalam MaiStorage di Cyberjaya memilih untuk beroperasi di sini.
"Bayangkan, tiga gergasi semikonduktor dunia ini telah bertapak di Malaysia... jadi anak-anak muda mesti ambil peluang sebaik mungkin untuk manfaatkan perkembangan ini dan jadikan Malaysia negara hebat di rantau kita," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Johor di Toppen Shopping Centre di sini.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, selaku menteri peneraju program itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta exco kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Anwar berkata perkembangan positif ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak muda negara yang berkecimpung dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat serta program pendidikan dan teknikal dan vokasional (TVET).
Beliau juga berkata Malaysia adalah antara lima negara yang mampu menghasilkan cip yang dibangunkan oleh MaiStorage.
Negara lain termasuk Amerika Syarikat, China dan Taiwan.
"Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa kesungguhan anak-anak kita dan mereka yang menuntut dalam bidang kejuruteraan serta TVET mesti berusaha gigih untuk meningkatkan keupayaan negara," katanya.
Beliau turut mengulangi serta menekankan kepentingan kestabilan dan perpaduan dalam negara demi memastikan kejayaan yang dikecapi tidak tergugat oleh unsur-unsur perpecahan kaum, agama atau kepentingan peribadi pemimpin.
"Kita mesti hapuskan elemen yang merosakkan negara. Ini baru makna merdeka rakyat dan negara, apabila kita mampu urus kepentingan kita sendiri," katanya.
PMR 2025 Johor yang bertemakan Belia MADANI, Yakin Boleh! menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti reruai pameran, sesi interaktif bersama agensi kerajaan, pameran TVET, karnival kerjaya serta jualan MADANI.
Johor adalah lokasi kedua siri jelajah PMR 2025 selepas Sabah (9 hingga 11 Mei) sebelum diteruskan ke tempat lain termasuk Lumut (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu), Kota Lama (Kelantan), Nilai (Negeri Sembilan), Baling (Kedah), Jasin (Melaka) dan Bintulu (Sarawak).
PMR 2025 Johor juga berlangsung serentak dengan Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri yang menjadikan ia platform dwifungsi dalam menyatukan suara dan potensi belia melalui penyampaian perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru belia negara untuk merebut peluang dalam industri semikonduktor yang sedang pesat berkembang di Malaysia, dengan pelaburan syarikat besar seperti Infineon, nVidia dan MaiStorage.
- Beliau menekankan pentingnya penglibatan belia dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan TVET untuk menyokong keupayaan negara menjadi antara lima pengeluar cip utama dunia.
- Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa kestabilan dan perpaduan nasional penting untuk memastikan kejayaan ekonomi tidak terjejas oleh perpecahan kaum, agama atau kepentingan politik.