PM selesai jalani pembedahan kecil gigi

Nickyson Nyambar
Ogos 20, 2023 15:04 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah selesai menjalani pembedahan kecil gigi pada Ahad. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah selesai menjalani pembedahan kecil gigi pada Ahad.
Sehubungan itu, katanya dalam perkongsian di laman Facebook, beliau kini masih berada dalam pemantauan pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Buat masa ini saya masih dalam pemantauan pasukan perubatan dan atas nasihat mereka saya perlu berada di hospital sehingga esok pagi, Insya-Allah," ujarnya ringkas.
Orang ramai menerusi ruangan komen di laman Facebook rasmi beliau turut mendoakan kesembuhan segera buat Perdana Menteri.
"Semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh seperti sediakala," kata salah seorang pengguna di laman media tersebut.
#Perdana Menteri #Datuk Seri Anwar Ibrahim #pembedahan kecil #HKL