MALAYSIA
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
Anwar berkata kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian khususnya dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Hari Krismas esok, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati demi keharmonian bersama.
Ringkasan AI
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian khususnya dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum.
Beliau berkata Kerajaan MADANI percaya keharmonian tidak lahir secara kebetulan tetapi dibina melalui dasar yang adil, peluang yang saksama dan budaya saling memahami dalam kalangan rakyat.
"Dalam dunia yang berdepan ketidaktentuan ekonomi, konflik kemanusiaan dan perpecahan sosial, Malaysia memilih jalan perpaduan, dialog dan saling menghormati sebagai asas membina masa depan negara.
"Perpaduan yang tulen terzahir apabila setiap warga dihormati, dilindungi dan diberi ruang untuk menyumbang kepada masa depan negara," katanya.
Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian yang akan meraikannya dan berharap sambutan itu membawa kedamaian, keharmonian serta kemakmuran kepada Malaysia dan seluruh rakyat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia memperkukuh tekad menolak kebencian dan menyemai empati demi keharmonian bersama, khususnya dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum.
- Anwar Ibrahim menyatakan bahawa keharmonian negara dibina melalui dasar yang adil, peluang yang saksama, dan budaya saling memahami, menekankan pentingnya perpaduan, dialog, dan saling menghormati dalam membangun masa depan negara.
- Dalam ucapan Hari Krismas, Perdana Menteri mengharapkan sambutan itu membawa kedamaian, keharmonian, dan kemakmuran kepada Malaysia serta menekankan bahawa perpaduan tulen wujud apabila setiap warga dihormati, dilindungi, dan diberi ruang untuk menyumbang kepada negara.