KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menganggap peluang yang diberikan kepada beliau untuk menunaikan ibadat umrah pada awal pagi Ahad sebagai keistimewaan peribadi sebaliknya menyifatkan ia suatu amanah untuk berusaha sedaya upaya agar lebih ramai umat Islam di Malaysia dapat kembali ke bumi Makkah.
Perdana Menteri berkata beliau memahami kerinduan umat Islam khususnya di Malaysia untuk kembali ke Tanah Suci dan kerinduan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
"Beroleh keizinan Allah SWT untuk kembali ke Tanah Suci menjejakkan kaki di Masjidilharam seterusnya menunaikan ibadat umrah malam tadi merupakan satu nikmat yang amat saya syukuri dengan penuh rendah hati.
"Sebab itu, semalam semasa menunaikan umrah dan berada di dalam Kaabah, saya bagi pihak rakyat khususnya umat Islam di Malaysia berdoa dengan sesungguhnya, semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan-Nya, seluruh dunia bebas daripada wabak penyakit dan umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia dapat segera kembali berpeluang ke tanah suci sebagai tetamu Allah," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook rasminya malam ini.
Beliau kini berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi empat hari bermula semalam atas undangan Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.
Perdana Menteri, yang selesai menunaikan Umrah pada 10 malam Sabtu (3 pagi Ahad waktu Malaysia), turut diberi peluang memasuki Kaabah.
Muhyiddin, yang menjadi ketua kerajaan pertama diberi peluang masuk ke dalam Kaabah selepas lebih setahun ditutup berikutan wabak COVID-19, turut berkongsi video perjalanan ibadat umrah yang dilakukan bersama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Perdana Menteri berkata lebih membuatkan beliau sebak dan bersyukur apabila dengan izin Allah SWT, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud telah memperkenankannya memasuki Kaabah.
"Ini ialah aturan Allah SWT yang amat besar nilai dan maknanya, bukan sahaja untuk diri saya dan isteri, bahkan saya menganggapnya sebagai bukti ukhwah persaudaraan yang amat akrab serta penghormatan untuk umat Islam di Malaysia dari Kerajaan Diraja Arab Saudi," katanya.
Beliau berkata sememangnya kerajaan Arab Saudi memberi perhatian serius terhadap penjagaan kesihatan dalam kalangan umat Islam dan percaya bumi anbia ini akan kembali diimarahkan dengan ibadat umrah dan ziarah tidak lama lagi.
"Saya bagi pihak Kerajaan Malaysia, berterima kasih kepada Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Yang Amat Mulia Putera Mohammad bin Salman, yang mengundang saya ke Arab Saudi," katanya.
Muhyiddin berkata hari ini beliau dan isterinya turut ke Madinah untuk melakukan ziarah ke makam Rasulullah SAW dan Masjid Nabawi sebelum memulakan program rasmi sempena lawatan ke Arab Saudi itu.
Beliau seterusnya akan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke UAE sehingga 11 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021
Perdana Menteri, yang selesai menunaikan Umrah pada 10 malam Sabtu (3 pagi Ahad waktu Malaysia), turut diberi peluang memasuki Kaabah. - Foto PMO
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razaruddin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.