KUALA LUMPUR:Malaysia telah mengambil langkah menyuarakan kepentingan untuk semua negara ASEAN berganding bahu dengan pertubuhan antarabangsa bagi memastikan vaksin COVID-19 mudah diperolehi di rantau ini, sebaik ia berjaya dibangunkan.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu telah dibangkitkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sidang Kemuncak ASEAN termasuk mesyuarat dengan rakan-rakan dialog ASEAN.
Selain itu, jelas beliau lagi, Malaysia juga menjadi satu-satunya negara yang berani menegaskan pendirian secara terbuka mengenai isu kebencian dan perpecahan yang semakin mengancam dunia.
“Malaysia lantang menyatakan bahawa semua pihak mesti mengelak sebarang tindakan keganasan apatah lagi atas nama agama sehingga boleh menimbulkan kesalahfahaman seperti Islamophobia.
“Malaysia juga mengulangi ketegasan berhubung aspek keselamatan, termasuk krisis di wilayah Rakhine yang mana Malaysia percaya negara-negara ASEAN perlu melakukan perbincangan mendalam demi mencari penyelesaian jangka panjang,” katanya lagi.
Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media Penutup Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37, di ibu negara hari ini.
Selain isu tersebut, Hishammuddin berkata, Malaysia sekali lagi menyuarakan ketegasan mengenai isu Laut China Selatan dan menuntut semua pihak berpegang pada pendirian bahawa sebarang isu di perairan ini mesti diselesaikan secara aman berpandukan undang-undang antarabangsa.
Walaupun Palestin bukan isu serantau, Hishammuddin berkata, Malaysia tetap memanfaatkan platform persidangan antarabangsa termasuk sidang kemuncak ASEAN bagi menunjukkan sokongan padu negara terhadap Palestin dan rakyatnya.
“Pendirian Malaysia teguh dan konsisten bahawa satu-satunya penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel adalah penubuhan negara Palesti yang bebas, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara.
“Pendirian Malaysia ini tidak akan berganjak sampai bila-bila,” tegas beliau lagi.
Hishammuddin berkata, Malaysia berharap setiap perbincangan, kesepakatan dan persetujuan yang dicapai menerusi Sidang Kemuncak ini dapat diterjemahkan kepada persekitaran AEAN yang lebih baik dari sudut ekonomi, sosial dan keselamatan.
Firdaus Azil
Sun Nov 15 2020

Hishammuddin berkata, Malaysia juga satu-satunya negara yang berani menyentuh mengenai isu kebencian dan perpecahan yang mengancam dunia.

Politik | Tukar parti, adakah tanda ada krisis?
Wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.

COVID-19: Chow Kon Yeow disuntik vaksin, program imunisasi Pulau Pinang bermula
Kon Yeow menerima suntikan di Auditorium Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

PM lancar Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030
Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini
Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.

'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Sherry Alhadad ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.

"Harap tak kena buli," Sherry Alhadad teruja nak mulakan sesi bersama JoHaRa
Segmen JoHaRaRy akan menemui para pendengar ERA secara rasminya bermula 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri
Ayam tersebut dilengkapi pisau tiga inci dikenali sebagai 'kodi kathi untuk acara sabung haram.

AWANI Ringkas: Program Imunisasi di Kedah & Pulau Pinang bermula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892853/27199807051614473676488_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Nursyazwani Saiful Sham dalam AWANI Pagi​ 28 Februari 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Kompaun RM10,000 bukan untuk semua kesalahan - KPN. 2. Inspirasi di sebalik album terhabaru WEi, Identity Challenge. #AWANInews​ #HapusCOVID19

'Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki
Elvis Pilep kini menarik nafas lega setelah mendapat 'lampu hijau' untuk mengadakan persembahan dan menjana sumber pendapatan semula.

Hishammuddin lakukan lawatan rasmi ke Brunei esok
Ini merupakan lawatan rasmi Hishammuddin keempat bulan ini selepas Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Malaysia, Perancis setuju kerjasama bentuk baharu
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara berkenaan dipersetujui ketika sidang video hampir sejam pada Isnin dengan rakan sejawatan, Jean-Yves Le Drian.

Malaysia, Arab Saudi setuju tubuh Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi
Malaysia dan kerajaan Arab Saudi bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi sebagai mekanisma dua hala yang menyeluruh di peringkat Kementerian Luar.

PM, menteri ucap Selamat Tahun Baharu Cina
Hishamuddin Hussein dan Azmin Ali juga turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.

Malaysia dan UAE setuju tingkatkan kerjasama, lonjakkan peluang ekonomi
Beberapa inisiatif penting dibingcankan di bawah empat bidang utama kerjasama dalam era selepas pandemik COVID-19.

Malaysia-UAE jalin kerjasama lebih erat, tingkat peluang ekonomi
Kedua-dua Menteri Luar itu telah membincangkan beberapa inisiatif penting di bawah empat bidang utama di era pasca pandemik.

Tragedi Uttarakhand: Hishamuddin ucap takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan India
Media tempatan melaporkan kira-kira 150 pekerja di loji jana kuasa dikhuatiri maut.

Hishammuddin bertemu rakan sejawat di Abu Dhabi
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melakukan lawatan rasmi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perdana Menteri tiba di Jakarta bagi lawatan rasmi
Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Dalam Negeri Indonesia Tito Karnavian.

PM sampaikan perutusan khas petang ini
Ikuti siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri di saluran 501, astroawani.com dan semua platform media sosial Astro AWANI.