[TERKINI] SPRM Tahan Bekas Ketua Setiausaha Politik Kanan PM – Ikuti Perkembangan di Sini!
MALAYSIA

PM tegaskan tiada siapa terkecuali daripada undang-undang - Fahmi

Yasmin Natasha 28/11/2025 | 08:45 MYT
Fahmi berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan prinsip ketelusan dan akauntabiliti mesti diutamakan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan tidak akan melindungi mana-mana individu termasuk pegawai terdekat beliau sekiranya terdapat elemen yang memerlukan siasatan oleh pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu termasuk pegawai terdekat jika perlu disiasat oleh pihak berkuasa termasuk SPRM.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan prinsip ketelusan dan akauntabiliti mesti diutamakan, serta menitahkan Jemaah Menteri memantau integriti pegawai masing-masing.
  • Peletakan jawatan bekas setiausaha politik Perdana Menteri disusuli dakwaan terlibat dalam salah laku dan rasuah, menimbulkan amaran tindakan tegas tanpa kompromi terhadap kesalahan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menegaskan prinsip ketelusan dan akauntabiliti mesti dipertahankan, dan setiap ahli Jemaah Menteri diingatkan supaya sentiasa memantau integriti pegawai masing-masing.

Penegasan itu dibuat susulan peletakan jawatan bekas setiausaha politik beliau, Syamsul Iskandar Muhammad Hakim yang didakwa terbabit dalam salah laku dan rasuah.

“Tiada sesiapa pun yang akan dilindungi jika ada apa-apa yang perlu disiasat. Pegawai-pegawai perlu dipantau dan tindakan tegas akan diambil jika berlaku salah laku.Tiada siapa yang terkecuali daripada undang-undang dalam negara kita.

“Ini peringatan kepada semua Jemaah Menteri kita tidak boleh berkompromi. Jika ada isu, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

PM tegaskan tiada pihak akan dilindungi daripada siasatan


Terdahulu, bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengumumkan bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu kenyataan di media sosial miliknya, Shamsul turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Dalam masa sama, beliau juga mendakwa terdapat cubaan untuk menyerangnya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan.


#Shamsul Iskandar Mohd Akin #Anwar Ibrahim #Fahmi Fadzil #Rasuah #SPRM #terkini