PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima "Golden Mongkol Award" pada majlis perasmian Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia 2022 di sini, hari ini.
Anugerah berupa hiasan lilitan kepala seakan seutas tali berwarna hitam dan emas diletakkan dalam bingkai itu hanya diberikan kepada pemimpin negara yang menganjurkan kejohanan dunia seni bela diri berkenaan. Mongkol sering dipakai di kepala oleh atlet Muay Thai sebelum bertarung di dalam gelanggang.
Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis itu, Ismail Sabri berkata beliau sangat gembira kerana program itu disertai 110 negara dengan 3,000 peserta.
"Ia merupakan satu program yang besar... saya harap lebih banyak lagi acara-acara besar terutama yang melibatkan kejohanan antarabangsa dapat dilaksanakan di Malaysia," katanya.
Majlis perasmian yang berlangsung meriah itu dihadiri ribuan tetamu antaranya daripada pelbagai badan Muay Thai antarabangsa, delegasi daripada 110 negara bertanding termasuk barisan pegawai dan atlet serta peminat sukan seni mempertahankan diri itu.
Turut hadir adalah Presiden Persekutuan Persatuan Muay Thai Antarabangsa (IFMA) Sakchye Tapsuwan dan Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM) Datuk Muhammad Shahnaz Maula Azmi.
Sebanyak 3,500 delegasi termasuk atlet daripada 110 negara telah mengesahkan penyertaan bagi Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia 2022 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, bermula semalam sehingga 20 Ogos ini.
Saingan ini juga turut diadakan serentak dengan Kejohanan Grand Slam Dunia yang membabitkan penyertaan barisan atlet elit antarabangsa daripada 200 kelab terkemuka dunia secara terbuka.
Bagi kejohanan remaja dunia pula lebih 200 kategori dipertandingkan bagi peringkat umur bermula lapan sehingga 17 tahun dan Malaysia mempunyai kira-kira 70 atlet muda yang bakal menggalas cabaran dalam setiap kategori lelaki dan perempuan.
Atlet negara yang bakal beraksi terdiri daripada para atlet yang pernah menyertai pentas kejohanan tertinggi antaranya kejohanan dunia, Sukan SEA serta atlet Sukan Malaysia (Sukma).
Kejohanan antarabangsa itu adalah kali kedua buat Malaysia sebagai tuan rumah selepas Kejohanan Muay Thai Dunia di Langkawi pada 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama atlet-atlet Muay Thai ketika Majlis Pembukaan Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 di Petaling Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM ziarah Menteri Agama terima rawatan di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.