MALAYSIA
PM terima kunjungan hormat Pete Hegseth, bincang pertingkat kerjasama pertahanan

Perdana Menteri berkata antara perkara dibincang pada pertemuan itu ialah usaha meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan maritim. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth di Singapura semasa lawatan kerja singkat beliau ke republik itu.
Ringkasan AI
- Pertemuan dengan Pemimpin Pertahanan AS: Anwar menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth, membincangkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan maritim, serta menghargai penglibatan AS dalam LIMA'25.
- Perbincangan dengan Boeing Global: Perdana Menteri turut bertemu Presiden Boeing Global, Brendan Nelson, membincangkan keselamatan maritim, modenisasi aset, pelaburan dalam pendidikan, serta pembangunan ekosistem penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).
- Penyertaan dalam Dialog Shangri-La: Lawatan ini adalah sebahagian daripada Dialog Shangri-La ke-22, persidangan utama mengenai pertahanan dan keselamatan serantau di Asia Pasifik, yang berlangsung selama tiga hari.
Anwar berkata semasa lawatan kerja ke Singapura, beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Presiden Boeing Global Brendan Nelson.
"Sewaktu kunjungan Presiden Boeing Global Brendan Nelson, kami menggunakan ruang itu bagi membincangkan keselamatan maritim, modenisasi aset, pelaburan dalam pendidikan selain kolaborasi dengan pemain industri tempatan terkait latihan, kerjasama strategik serta pembangunan ekosistem penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO)," katanya.
Beliau berkata kedua-dua pertemuan itu mampu melonjakkan lagi kepentingan Malaysia dalam bidang pertahanan di peringkat serantau dan juga global.
Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Singapura bagi menghadiri Dialog Shangri-La ke-22 iaitu persidangan berprestij pertahanan dan keselamatan serantau di Asia Pasifik, dalam rangka lawatan kerjanya selama sehari.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami