awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025

Bernama
Bernama
04/12/2024
15:46 MYT
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn, di Pejabat Perdana Menteri, hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Anwar berkata peranan dan sokongan Sekretariat ASEAN penting bagi memastikan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia berjalan lancar.
"Alhamdulillah, kesiapsiagaan Malaysia untuk memikul tanggungjawab ini kini di peringkat akhir," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Beliau berkata keutamaan sepanjang Malaysia mempengerusikan ASEAN adalah memperkukuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau selain melonjakkan perdagangan dan pelaburan serta memperluas kerjasama ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang terangkum.
"Bicara kami turut menyentuh perkembangan memuaskan dalam proses penggubalan Pelan Strategik Visi Komuniti ASEAN 2045 serta beberapa perkara lain terkait hal ehwal ASEAN," katanya.
Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut mengalu-alukan kehadiran pasukan sekretariat dan seluruh delegasi negara anggota ASEAN ke Malaysia tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Facebook
#pelaburan
#pasukan sekretariat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan