BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2024 di Davos, Switzerland yang berlangsung dari 15 hingga 19 Jan.
Ini menjadikan Srettha perdana menteri Thailand pertama yang menghadiri acara berkenaan dalam tempoh 12 tahun.
Atas kapasiti beliau sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, Srettha dijangka mempromosikan potensi ekonomi dan pelaburan Thailand, termasuk projek jambatan darat bernilai 1 trilion baht (AS$28 bilion) semasa WEF.
Beliau juga dijadualkan bertemu dengan eksekutif dari beberapa syarikat multinasional terkemuka.
"Mesyuarat ini dijangka memberi manfaat ekonomi yang besar kepada Thailand melalui perdagangan dan pelaburan dalam bidang-bidang berpotensi di negara ini.
"Saya percaya bahawa kali ini Thailand akan dapat menunjukkan potensinya di pentas dunia," katanya di X.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata perdana menteri akan menghadiri pelbagai mesyuarat dan panel di WEF. Selain sebagai penceramah serta panelis, beliau akan terlibat dalam perbincangan yang menyentuh pelbagai topik, termasuk prospek ekonomi, geopolitik, kelestarian dan peralihan hijau.
"Mesyuarat ini menawarkan peluang yang hebat kepada kedua-dua pihak untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin dunia lain dan menunjukkan kesediaan Thailand untuk bekerjasama dengan semua rakan kongsi untuk mengeratkan hubungan dan menggalakkan lagi perdagangan serta pelaburan," katanya.
Sekurang-kurangnya 2,500 peserta dari seluruh dunia, termasuk ketua-ketua negara/kerajaan dan organisasi antarabangsa, Ketua Pegawai Eksekutif, ahli akademik dan tokoh awam berpengaruh akan menghadiri mesyuarat tahun ini yang bertemakan "Rebuilding Trust".
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Kahadirannya di WEF menjadikan Srettha perdana menteri Thailand pertama yang menghadiri acara berkenaan dalam tempoh 12 tahun. - Gambar fail
Bintang 'Lost', 'Ant-Man' Evangeline Lilly ucap selamat tinggal
Aktres Evangeline Lilly mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Hollywood dan memberitahu 'mungkin kembali suatu hari nanti'.
Keterangan tidak konsisten antara faktor reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung - Polis
Keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme yang ditemukan meninggal dunia, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disambung.
Dasar TVET Negara 2030: 5 teras selaras program TVET
DASAR TVET Negara 2030 adalah usaha menyelaras pelaksanaan program TVET di Malaysia.
Messi tidak pasti mengenai penyertaan Piala Dunia 2026
Lionel Messi telah menimbulkan keraguan mengenai peluangnya untuk bermain di kejohanan utama ke-13 untuk Argentina pada Piala Dunia 2026.
Kerajaan kuat kuasa perintah perihal dagangan 2023 mulai 4 Jun
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menguatkuasakan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Kuantiti Bagi Barang-Barang Tersedia Bungkus) 2023 bermula 4 Jun lepas di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang diwartakan pada 2 Oktober tahun lepas.
Mohd Na'im berlepas ke Arab Saudi bagi lawatan kerja, tunai haji
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berangkat ke Arab Saudi tengah malam tadi bagi mengadakan lawatan kerja serta menunaikan haji.
Pelaburan syarikat besar, negara harus bersedia dengan tenaga mahir - PM
Pelaburan daripada beberapa syarikat gergasi antarabangsa menjadi cabaran kepada Malaysia terutama dalam aspek meningkatkan kemahiran tenaga kerja.
Lelaki ditahan selepas serang Perdana Menteri Denmark
Seorang lelaki ditahan selepas Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen, diserang di tengah Copenhagen pada petang Jumaat.
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.
Tapak pelupusan sampah di Besut terbakar lagi
Tapak pusat pelupusan sampah di Kampung Paya Rawa, di sini sekali lagi terbakar selepas kejadian kali pertama berlaku pada pertengahan Mei lalu.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.