BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menafikan dirinya mengamalkan nepotisme selepas pihak pembangkang mendakwa anak saudaranya terlibat dalam pembidaan projek-projek perolehan negara itu.
Portal berita Bangkok Post melaporkan, Prayut mengetepikan dakwaan berkenaan sewaktu perbahasan umum di Parlimen pada Rabu dengan mengatakan semuanya ‘diserahkan kepada sistem keadilan’.
“Untuk sebarang dakwaan tentang salah laku, biarkan sistem kehakiman yang mengambil tindakan.
“Tolong berhenti mengaitkan nama saya dengan saudara-mara saya. Saya tidak pilih kasih pada sesiapa… Kenapa anda tidak sibuk mahu bercakap tentang korupsi sewaktu pentadbiran kerajaan sebelum ini?” ujar Prayut.
Tambahnya, terdapat usaha untuk mengeksploitasi isu itu sebagai kempen pilihan raya bagi memancing undi.
“Satu siasatan akan dijalankan… saya pastikan bahawa saya tidak memandang remeh akan hal ini.
“Saya menggesa anda hormati sistem keadilan. Jika anda temui sebarang perkara yang meragukan, sila failkan aduan dengan pihak polis,” tegasnya.
Beliau memberi maklum balas itu selepas Ahli Parlimen Parti Pheu Thau, Jiraporn Sinthuprai, mengheret nama anak saudara Prayut ke dalam perbahasan di Parlimen.
Jiraporn mendakwa, anak saudara Prayut diberikan keistimewaan menubuhkan dan menjalankan syrikat pembinaan di tapak Kem Somdet Phra Eka Thotsarot di Phitsanulok.
Bagaimanapun, syarikat itu telah berpindah dari kem tentera tersebut pada November 2016, selepas menerima kritikan umum.
Tambah Jiraporn, siasatan sumbernya mendapati syarikat itu menanggung kerugian sepanjang operasi antara tahun 2012 dan 2013, namun masih diberikan tiga lagi projek pembinaan bernilai 28 juta Baht (RM3.6 juta) pada tahun 2014.
Agensi
Thu Feb 16 2023
![PM Thailand nafi dakwaan amalkan nepotisme PM Thailand nafi dakwaan amalkan nepotisme](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670744439_Prayuth.jpg)
Prayut menegaskan, terdapat usaha untuk mengeksploitasi isu itu sebagai kempen pilihan raya bagi memancing undi. - Gambar fail
Sarawak mahu perluas pemetaan geo
Sarawak mahu meluaskan lagi pemetaan geo sekurang-kurangnya tambahan 30 peratus daripada keseluruhan 12.4 juta hektar daratan Sarawak bagi industri perlombongan negeri itu.
Pesara tentera antara penerima daging korban
18 ekor lembu yang dikorban dan diagihkan di Apas, Tawau nyata serba sedikit membantu penduduk dalam menempuh kesempitan hidup ekoran peningkatan harga barangan.
Sarawak akan umum kaedah kawal harga haiwan ternakan
Kerajaan Sarawak sudah mengenal pasti kaedah bagi mengawal harga haiwan ternakan termasuk lembu.
14 ekor lembu dikorban dan diagihkan kepada golangan asnaf
Majlis ibadah korban Parlimen Santubong di Surau Saidina Umar, Bandar Baru Samariang, Kuching Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri telah menyampaikan agihan daging korban kepada penerima asnaf kawasan Bandar Baru Samariang.
![The Hardest Singing Show: 'Mereka takkan perform tanpa...' - Ini punca sebenar DeFam tarik diri The Hardest Singing Show: 'Mereka takkan perform tanpa...' - Ini punca sebenar DeFam tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718623274_tbdefamtarikdiri.jpg)
The Hardest Singing Show: 'Mereka takkan perform tanpa...' - Ini punca sebenar DeFam tarik diri
Jelas Firdaus, pihak DeFam memilih untuk menarik diri apabila Azira Syafinaz dikhabarkan sedang berdepan dengan masalah kesihatan.
![Chrome di Android kini tampil ciri baca laman web Chrome di Android kini tampil ciri baca laman web](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718621135_ChromeDiAndroid.jpg)
Chrome di Android kini tampil ciri baca laman web
Ciri yang diberi nama 'Listen to this page' ini mula diberikan secara berperingkat sejak semalam dengan akses menerusi menu dalam aplikasi.
![Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718621049_EvanGershkovich.jpg)
Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun
Pendengaran kes jenayah terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS) Evan Gershkovich akan diadakan secara tertutup.
![Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718618773_tbLeeZiiJia.jpg)
Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia
Bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.
![Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716997632_tbNancyShukri.jpg)
Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy
Selain menambah baik akta, pindaan itu selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang dikuat kuasa sejak 1 Sept tahun lepas.
Sekurang-kurangnya 13 maut, kereta api bertembung di India
Pelanggaran itu dipercayai berlaku apabila kereta api barangan merempuh bahagian belakang kereta api penumpang.
![Sidang Kemuncak IMT-GT lulus 40 projek bernilai RM204 bilion Sidang Kemuncak IMT-GT lulus 40 projek bernilai RM204 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51493514019_DatukSeriAbdulRah.jpg)
Sidang Kemuncak IMT-GT lulus 40 projek bernilai RM204 bilion
Dokumen perancangan IMT-GT menyenaraikan sebanyak 40 projek kesalinghubungan fizikal dengan anggaran kos sebanyak AS$47 bilion.
![Kemarau teruk: PM Thailand arah pengeluaran beras dikurangkan Kemarau teruk: PM Thailand arah pengeluaran beras dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41456319853_ThailandDrought.jpg)
Kemarau teruk: PM Thailand arah pengeluaran beras dikurangkan
Sejak menerima hujan di bawah paras sederhana selama empat tahun berturut-turut, rizab air negara itu semakin susut hinggakan saluran pengairan mengering.
![Pilihan raya umum Thailand bakal diadakan pada pertengahan 2017 Pilihan raya umum Thailand bakal diadakan pada pertengahan 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61442414852_PrayutChanOCha.jpg)
Pilihan raya umum Thailand bakal diadakan pada pertengahan 2017
Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-O-Cha menegaskan bahawa dirinya tidak mahu berada lebih lama dalam kuasa pentadbiran dan tidak mahu meraih kepentingan peribadi.