PM tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

Umavathi Ramayah
Oktober 6, 2022 08:00 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan isyarat bagus kepada pengamal media semasa tiba di Istana Negara untuk menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memasuki perkarangan Istana Negara pada pukul 3.48 petang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau yang menaiki Toyota Vellfire turut melambai tangan ke arah pengamal media yang menunggu di pintu satu, Istana Negara .
Kira-kita 100 media tempatan dan antarabangsa berkumpul di luar pintu masuk Istana Negara di sini seawal pukul 7.30 pagi berikutan spekulasi kuat yang mengatakan Perdana Menteri akan menghadap Agong bagi menasihatkan tarikh pembubaran Parlimen.
PM tiba di Istana Negara
#PM tiba di Istana Negara #pembubaran Parlimen #Pilihanraya Umum ke-15 #PM menghadap Agong