awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM tiba di Perlis, lakukan lawatan kerja sehari

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
05/03/2021
02:55 MYT
PM tiba di Perlis, lakukan lawatan kerja sehari
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perlis diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. - Astro AWANI
KANGAR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melakukan lawatan kerja di negeri Perlis dalam meninjau lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 dan pembangunan negeri selain bertemu dengan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) negeri itu.
Beliau tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Kangar sekitar jam 9.20 pagi bagi mengadakan pertemuan tertutup bersama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man khususnya dalam mendengar taklimat berkaitan pembangunan negeri.
Ketibaan beliau turut diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Muhyiddin dijadual menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Istana Arau sekitar jam 11.30 pagi.
Perdana Menteri seterusnya bersama Menteri Besar Perlis akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Arau.
Sekitar jam 2.30 petang, Muhyiddin dijangkakan akan menghadiri Majlis Perjumpaan bersama badan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) Perlis.
Mengakhiri siri lawatannya di Perlis, beliau akan ke PPV COVID-19 di Klinik Kesihatan Kampung Gial pada jam 4 petang, sebelum berlepas pulang ke ibu negara dengan menaiki pesawat khas.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perlis
#lawatan kerja
#PPV
#COVID-19
#Perikatan Nasional
#Azlan Man
#Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
#Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid
#Istana Arau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan