[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
MALAYSIA

PM ucap selamat berjaya kepada calon UPSR

Bernama 07/09/2015 | 13:24 MYT
Seramai 455,929 calon akan menduduki UPSR 2015 yang dijalankan selama tiga hari. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula esok.
"Selamat berjaya kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR mulai esok," demikian catatan beliau dalam laman Twitter dan Facebooknya pada Isnin.
Seramai 455,929 calon akan menduduki UPSR 2015 yang dijalankan selama tiga hari.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, daripada jumlah itu sebanyak 446,511 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,418 calon sekolah swasta.
Sebanyak 8,134 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Najib Tun Razak #UPSR