awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap selamat hari ATM ke-89, kebajikan ATM akan sentiasa terjamin

Bernama
Bernama
16/09/2022
11:15 MYT
PM ucap selamat hari ATM ke-89, kebajikan ATM akan sentiasa terjamin
Perdana Menteri menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ATM yang sentiasa bersedia berkorban demi keselamatan Keluarga Malaysia dan kedaulatan tanah air tercinta. - Facebook Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terjamin sebagai menghargai khidmat dan bakti mereka, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sempena Hari ATM ke-89 yang disambut hari ini, perdana menteri menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ATM yang sentiasa bersedia berkorban demi keselamatan Keluarga Malaysia dan kedaulatan tanah air tercinta.
Baginya, pengorbanan para perwira negara ini yang mempertaruhkan nyawa demi bangsa dan negara adalah begitu besar.
"Selamat Menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-89 kepada seluruh warga ATM," katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya.
Hari ATM disambut setiap 16 Sept dengan pemilihan tema tahun ini 'Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama' yang membawa erti pentingnya kerjasama antara ATM dan rakyat dalam memikul amanah secara bersama dalam usaha mengekalkan kesejahteraan dan keselamatan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari ATM
#ismail sabri yaakob
#kebajikan angkatan tentera
#perwira negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan