[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

PM ucap selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai, Vaisakhi

Bernama 14/04/2023 | 07:33 MYT
Anwar berharap semoga tahun baharu ini membawa kegembiraan kepada semua dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin sentiasa utuh dalam kebahagiaan. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai dan Vaisakhi kepada seluruh masyarakat Tamil dan Sikh di negara ini.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berharap semoga tahun baharu ini membawa kegembiraan kepada semua dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin sentiasa utuh dalam kebahagiaan.
"Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperteguh dan memperkukuh kerukunan dan sikap hormat menghormati di negara ini. #MalaysiaMADANI," menurut catatan itu.
Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil.
Sementara Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai menurut kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #Tahun Baharu Chithirai #vaisakhi