[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
MALAYSIA

PM ucap tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi

Bernama 19/12/2023 | 16:41 MYT
Anwar merakamkan ucapan tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi kerana memenangi pilihan raya presiden Mesir 2024 pada Isnin. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi kerana memenangi pilihan raya presiden Mesir 2024 pada Isnin.
"Bagi pihak Kerajaan dan Rakyat Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada @AlsisiOfficial atas kemenangan beliau dalam pilihan raya sebagai Presiden Mesir. Semoga pencapaian ini mampu mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang dikongsi antara negara dan rakyat kedua-duanya," kata Anwar dalam hantaran terkini beliau di laman X (Twitter).
Pihak Berkuasa Pilihan Raya Kebangsaan Mesir (NEA) pada Isnin mengumumkan bahawa penyandang Presiden iaitu Abdel-Fattah telah memenangi pilihan raya itu dengan meraih kira-kira 40 juta atau 89.6 peratus undi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#pilihan raya #laman X #Presiden Mesir #hantaran terkini