PM ucap tahniah kepada pelajar Malaysia yang terima biasiswa NASA

Bernama
Mei 1, 2020 13:58 MYT
Daripada lebih tiga juta orang peserta yang mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis itu, rekaan beliau dilaporkan memperoleh markah setinggi 96.77 peratus. - Foto twitter @theotherazharal
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan tahniah kepada seorang pelajar Malaysia, Azhar Ali, 20, kerana berjaya memperoleh biasiswa daripada National Aeronautics and Space Administration (NASA) Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
"Kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus berjaya," kata Muhyiddin menerusi ciapan di Twitter beliau.

Tahniah Saudara Azhar. Kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus maju jaya. https://t.co/DDVUu3aJsO

— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) May 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Azhar menerusi akaun Twitter beliau semalam memuat naik status bersyukur kerana tidak menyangka akan mendapat tawaran biasiswa itu sebagai ganjaran selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada 2024.
Daripada lebih tiga juta orang peserta yang mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis itu, rekaan beliau dilaporkan memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik serta konsisten.
Sehingga pukul 8.00 malam tadi ciapan pemuda berkenaan telah menerima 22,500 perkongsian (retweet) dan lebih 34,400 tanda suka (like) selain turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakyat Malaysia termasuk oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #Azhar Ali #Khairy Jamaluddin #Malaysia #Muhyiddin Yassin #NASA #pelajar #Perdana Menteri #rakyat Malaysia #Sains #Twitter