awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap tahniah sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
14/01/2023
04:20 MYT
PM ucap tahniah sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Anwar turut mendoakan Tuanku Mukhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan ke-75, hari ini.
Anwar turut mendoakan Tuanku Mukhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
"Semoga Duli Tuanku kekal qarar (tenang) memerintah rakyat Negeri Sembilan dengan adil dan saksama.
"Dirgahayu Tuanku," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasminya, hari ini.
Anwar berkata beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.
Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik mendahului senarai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat dengan dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini bagi sesi pertama, sesi kedua pada 31 Jan dan sesi ketiga pada 7 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
#Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
#sambutan ulang tahun
#Hari Keputeraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan