awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap takziah kepada keluarga anggota bomba meninggal dalam operasi banjir di Melaka

Bernama
Bernama
21/10/2021
07:17 MYT
PM ucap takziah kepada keluarga anggota bomba meninggal dalam operasi banjir di Melaka
Allahyarham Mohd Diya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang semalam. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga anggota bomba Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, yang meninggal dunia 3.11 pagi ini, ketika terlibat membantu mangsa banjir di Melaka.
Ismail Sabri menerusi hantaran melalui Facebooknya juga mengucapkan takziah kepada seluruh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka di atas pemergian itu.
"Didoakan semoga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh," katanya menerusi hantaran itu.
Allahyarham Mohd Diya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang semalam, meninggal dunia awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, mangsa dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.
Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ dan mengambil masa hampir 10 minit untuk membawa mangsa ke tempat selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ucapan takziah
#ismail sabri yaakob
#anggota bomba
#mati lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan