awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ulangi pendirian Malaysia terus bersama dalam perjuangan Palestin

Bernama
Bernama
10/10/2023
12:29 MYT
PM ulangi pendirian Malaysia terus bersama dalam perjuangan Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) meluangkan masa bertemu sukarelawan dan aktivis daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia untuk terus bersama dalam perjuangan rakyat Palestin.
Beliau berkata perkara itu dikongsi dengan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cinta Gaza Malaysia (CGM), Cinta Syria Malaysia (CSM) dan Global Peace Mission (GPM) dalam satu pertemuan di Parlimen hari ini.
"Saya turut berkongsi usaha kerajaan dalam mengadakan perbincangan dengan pemimpin dunia Islam bagi mencari solusi terbaik untuk meredakan ketegangan di Palestin sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dibawa masuk," katanya dalam hantaran di Facebook.
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri berkata wakil NGO terbabit turut menyatakan hasrat untuk mengadakan Himpunan Mega Sejuta Ummah Pembela Palestin bagi mengumpul dana dan mengangkat suara rakyat negara tersebut yang ditindas Zionis tanpa henti di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Palestin-Israel: 687 terbunuh di Gaza, 17 di Tebing Barat
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kendalian Kementerian Luar susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pendirian Malaysia
#Perang Palestin-Israel
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#perjuangan rakyat Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan