Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

PM umum lima inisiatif baharu tingkat kesejahteraan penjawat awam

Umavathi Ramayah 15/08/2025 | 11:45 MYT
Anwar mengumumkan lima inisiatif baharu pada MAPPA XX di PICC di Putrajaya. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lima inisiatif baharu merangkumi penambahbaikan skim perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pemberian insentif akademik kepada penjawat awam, pemerkasaan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), pelanjutan program APEL.Q dan pemansuhan syarat cuti haji, demi meningkatkan kesejahteraan anggota perkhidmatan awam serta memperkukuh kecekapan perkhidmatan negara.

Lima inisiatif yang diumumkan ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya adalah seperti berikut:

1. Penambahbaikan Skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

2. Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) untuk Pegawai Awam
3. Peruntukan RM3 Juta Memperkasa INTAN

4. Program APEL.Q Diteruskan untuk Tahun 2026

5. Pemansuhan Syarat Pengesahan Perkhidmatan untuk Cuti Haji



#perkhidmatan awam #Angkatan Tentera Malaysia #cuti haji #yuran pengajian