awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum RM50 juta tambah baik perumahan Kastam, janji bonus lebih baik

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
23/01/2024
05:14 MYT
PM umum RM50 juta tambah baik perumahan Kastam, janji bonus lebih baik
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah bagi memastikan perumahan buat anggota tidak lagi daif dan uzur. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi menambah baik perumahan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tahun 2024.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah bagi memastikan perumahan buat anggota tidak lagi daif dan uzur, selain kerajaan akan terus berusaha untuk membina perumahan baharu buat mereka.
Pengumuman terbaharu itu menyaksikan jumlah peruntukan itu bertambah RM30 juta, berbanding RM20 juta yang diumumkan sebelum ini.
“Sebab itu bagi polis, tentera, (Agensi Penguatkuasaan) Maritim Malaysia dan JKDM, kita akan beri keutamaan kepada perumahan pada tahun 2024 ini. Saya minta ini disegerakan, tidak ikut prosedur tender biasa.
“Perkara ini terpaksa (juga) ikut tender kerana kalau ada rundingan (terus), rundingan ini kadangkala ada 10 peratus, 20 peratus itu 'bocor' ke tempat lain.
“Sebab itu proses tender itu harus dipatuhi... tapi boleh disegerakan, dipercepatkan. Kalau tandas robek, rosak, takkan nak tunggu tandas siap enam bulan.
“Itu satu penyeksaan, penderaan... tapi boleh disegerakan semua itu,” katanya.
Tambah beliau, di sebalik jumlah RM50 juta diumumkan itu, jumlahnya boleh bertambah sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, pada Selasa.
Turut hadir dalam majlis di Putrajaya itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainuddin.
Dalam ucapan sama, Perdana Menteri turut memberi jaminan pemberian bonus kepada pasukan JKDM tahun ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
Menurutnya, pemberian itu bagi menghargai kejayaan dan sumbangan pasukan berkenaan negara terutamanya dalam kutipan cukai.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#perumahan anggota kastam
#JKDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan