MALAYSIA
PM zahir dukacita banjir Sabah, mohon penduduk sentiasa waspada
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Penampang malam tadi mengeluarkan pengisytiharan bencana berikutan banjir melanda daerah itu akibat hujan lebat petang semalam. - Foto dron awam/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap situasi banjir yang semakin memburuk di Sabah.
Setakat pagi ini, lebih 400 mangsa di Penampang dan Beaufort terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat yang melanda kawasan itu.
"Saya mohon penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah apabila diarahkan kerana keselamatan nyawa keluarga adalah keutamaan," katanya menerusi kenyataan di media sosial hari ini.
Beliau turut mengingatkan agar pihak berkuasa serta agensi keselamatan meningkatkan usaha menyelamat dan memastikan kebajikan serta keperluan asas mangsa dipenuhi.
Katanya, perlindungan terbaik harus diberikan kepada semua mangsa sehingga keadaan kembali pulih.
“Doa kami sentiasa bersama kalian,” tambah Anwar.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Penampang malam tadi mengeluarkan pengisytiharan bencana berikutan banjir melanda daerah itu akibat hujan lebat petang semalam.
Terdahulu, Beaufort diisytiharkan sebagai kawasan bencana selepas banjir melanda daerah itu akibat hujan lebat berterusan pada Selasa.