MALAYSIA
PN bantah keras kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, bagi pihak rakyat Malaysia, PN menzahirkan kemarahan dan bantahan sekeras-kerasnya terhadap pentadbiran Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan rejim Israel. - Sumber foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) membantah sekeras-kerasnya kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak sepatutnya Trump disambut dengan gah di Kuala Lumpur, di saat rakyat Palestin sedang bermandi darah dan kebuluran.
“Malaysia mesti menyatakan sikap yang tegas dan berprinsip secara berterusan terhadap rejim Zionis dan sekutunya termasuk Amerika Syarikat yang bersekongkol melakukan jenayah genosid ke atas rakyat Palestin.
“Jangan ketika rakyat Palestin bermandi darah dan kebuluran di bumi Gaza, Trump disambut dengan gah dan gilang-gemilang di bumi Malaysia,” tambahnya.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata, bagi pihak rakyat Malaysia, PN menzahirkan kemarahan dan bantahan sekeras-kerasnya terhadap pentadbiran Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan rejim Israel.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini