awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
TPM Fadillah tiba di Uzbekistan untuk lawatan kerja rasmi
MALAYSIA
Video tular: Polis kesan tiga suspek kes samun guna parang
MALAYSIA
Dua pelajar di pusat asuhan dakwa dirotan guru sehingga lebam, berbirat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

PN hasrat tandingi semua 14 kerusi Parlimen, 42 DUN di Pahang - Saifuddin

Bernama
Bernama
27/11/2021
16:32 MYT
PN hasrat tandingi semua 14 kerusi Parlimen, 42 DUN di Pahang - Saifuddin
PN berhasrat untuk bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada PPRU15. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) berhasrat untuk bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi PN Pahang Datuk Saifuddin Abdullah.
Sebagai persediaan, beliau berkata perbincangan mengenai pengagihan kerusi antara parti dalam PN iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan sudah diadakan di peringkat awal dengan setiap parti menghantar dua wakil dalam 'perbincangan yang berlangsung dalam suasana adik-beradik'.
"Ketiga-tiga parti bersetuju bahawa harus ada perbincangan awal dan kumpulan yang kecil ini akan berbincang terlebih dahulu dari hati ke hati untuk melihat apakah formula pengagihan kerusi yang akan ditandingi pada PRU15?.
"Buat masa ini, rangka kasar seperti lebih kurang jumlah kerusi yang ingin ditandingi parti terlibat sudah nampak namun setiap parti juga perlu merujuk kepada jawatankuasa parti masing-masing sebelum ia boleh dimuktamadkan," katanya.
Saifuddin yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Tahunan Bersatu Peringkat Bahagian Indera Mahkota di Kompleks Dagangan Mahkota di sini hari ini.
Ditanya mengenai hubungan antara Bersatu dan Pas Pahang ekoran hubungan erat parti itu dengan UMNO Pahang sehingga tertubuhnya Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Saifuddin berkata hubungan mereka (Bersatu dan Pas) adalah akrab.
Sebagai persediaan menghadapi PRU15 juga, Saifuddin yang juga Menteri Luar berkata keutamaan Bersatu Pahang pada masa ini adalah untuk menyahut seruan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan lebih banyak cawangan dan menambah keanggotaan bagi menyiapkan jentera parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#PN Pahang
#kerusi Parlimen
#DUN
#Saifuddin Abdullah
#Bersatu
#PAS
#GERAKAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami