awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN kecam serangan terhadap anak Rafizi, gesa ambil tindakan tegas

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/08/2025
22:40 MYT
PN kecam serangan terhadap anak Rafizi, gesa ambil tindakan tegas
Takiyuddin menyeru rakyat Malaysia agar bertenang, tidak terpengaruh dengan provokasi serta mengutamakan keamanan negara. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan yang dilaporkan berlaku ke atas anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, pada Rabu.

Ringkasan AI
  • PN menyifatkan insiden di Putrajaya sebagai jenayah keji, lebih-lebih lagi kerana melibatkan kanak-kanak.
  • PN mengambil serius dakwaan Rafizi bahawa serangan itu bertujuan menakutkan beliau daripada bersuara dalam isu tertentu.
  • PN menyeru siasatan telus oleh polis dan tindakan tegas terhadap pelaku, serta menzahirkan sokongan kepada keluarga Rafizi.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perbuatan itu adalah jenayah yang tidak boleh diterima sama sekali dalam sebuah negara bertamadun, apatah lagi apabila melibatkan kanak-kanak.
“PN mengambil maklum kenyataan Rafizi bahawa serangan tersebut merupakan suatu bentuk amaran kepadanya supaya tidak lagi bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.
"Jika benar, ia menandakan satu perkembangan politik samseng yang amat tidak sihat dan berbahaya kepada landskap demokrasi negara,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
PN turut menzahirkan sokongan moral kepada Rafizi dan keluarganya, selain mendoakan agar anak beliau berada dalam keadaan baik dan pulih sepenuhnya daripada sebarang kesan trauma.
Sehubungan itu, Takiyuddin menyeru rakyat Malaysia agar bertenang, tidak terpengaruh dengan provokasi serta mengutamakan keamanan negara.
PN juga menggesa pihak polis menjalankan siasatan segera, telus dan menyeluruh terhadap insiden itu, selain memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang tegas.
“Sebarang bentuk keganasan, terutama terhadap kanak-kanak, tidak mempunyai tempat di bumi Malaysia,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Perikatan Nasional
#serangan
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan