KUALA LUMPUR:Perikatan Nasional (PN) menyambut baik semangat solidariti parti-parti komponen Ahli-ahli Parlimen yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung kerajaan PN.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PN tekad untuk terus bekerja kuat bersama-sama rakyat dan barisan hadapan negara bagi memerangi pandemik COVID-19.
"Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tuntas memberikan kepimpinan dan berganding bahu bersama-sama pakar kesihatan dan ekonomi serta pasukan keselamatan untuk mencerakinkan (memperhalusi) pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani wabak ini secara holistik.
"Perikatan Nasional menyambut baik semangat solidariti parti-parti komponen; Pas, STAR dan SAPP serta Ahli-Ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung kerajaan Perikatan Nasional.
"Perikatan Nasional menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik merentasi segenap batas perbezaan untuk segera mendakap kesatuan bersama rakyat demi memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Azmin, PN turut menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengiktiraf kejayaan kerajaan Persekutuan menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan.
PN juga, kata beliau, menjunjung kasih atas keyakinan Yang di-Pertuan Agong terhadap pelaksanaan kebijakan dan tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Persekutuan demi melindungi kesihatan rakyat, memelihara kebajikan dan menjamin keselamatan rakyat serta mencerdaskan ekonomi negara.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Oct 27 2020
Menurut Azmin, PN menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong yang mengiktiraf kejayaan kerajaan Persekutuan menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan. - Gambar fail
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
MUDA tidak sertai jelajah PN - Amir Hariri
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak akan menyertai jelajah Perikatan Nasional (PN).
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Tiada peruntukan, ada Ahli Parlimen PN jatuh ke golongan B40 - Abdul Latiff
Selepas beberapa hari mendapat elaun, ada yang terus menjadi golongan B40 kerana wang tersebut terpaksa dikongsikan kepada rakyat terutamanya di awal musim persekolahan seperti sekarang.
PN Selangor didesak nyata pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas
MPN Selangor mendesak PN negeri menyatakan pendirian berhubung rasa dukacita yang dizahirkan Sultan Selangor terhadap Presiden Pas.
Eddin Syazlee dilantik Penasihat PN Negeri Sembilan
Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat PN negeri yang diadakan kali pertama tahun ini baru-baru ini.