Permodalan Nasional Bhd (PNB) membayar pulangan dividen terkumpul berjumlah RM187.1 bilion kepada pemegang unitnya sejak ditubuhkan 40 tahun lepas, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam perutusan khas yang disiarkan menerusi rakaman video pada pelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 di Sungai Petani hari ini, Dr Mahathir berkata PNB berjaya mengumpul dan mengembangkan asetnya sehingga mencecah RM298.5 bilion dengan jumlah 13.8 juta pemegang akaun yang membawa nilai aset sebanyak RM236.6 bilion.
Beliau turut memuji rekod prestasi kukuh PNB yang memberikan dividen kompetitif dan beterusan kepada pemegang unit menerusi pembayaran dividen terkumpul berjumlah RM187.1 bilion.
"Pencapaian ini merupakan bukti tadbir urus yang kukuh dan keprofesionalan kepimpinan semasa dan terdahulu PNB dalam menggerakkan kekayaan pemegang unitnya.
"Pemeliharaan nilai-nilai seperti integriti dan amanah oleh PNB telah membolehkannya terhindar daripada masalah tadbir urus yang berlaku di institusi lain beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.
Perdana Menteri juga yakin PNB akan terus mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam perjalanannya untuk memenuhi mandat meningkatkan kekayaan Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2019
DR MAHATHIR: Pencapaian ini merupakan bukti tadbir urus yang kukuh dan keprofesionalan kepimpinan semasa dan terdahulu PNB dalam menggerakkan kekayaan pemegang unitnya. - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik
Williams yakin cabaran pada 2024 adalah lebih kurang sama seperti tahun sebelumnya dan KWSP akan berpeluang meningkatkan prestasinya.
KWSP umum dividen konvensional 5.5 peratus, shariah 5.4 peratus
Jumlah agihan bagi simpanan konvensional melibatkan RM50.33 bilion manakala RM7.48 bilion bagi simpanan shariah.
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.
Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini
Liza berkata pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan Petronas.
Untung bersih Mr D.I.Y. naik kepada RM150.32 juta pada suku kedua
Perolehan turut naik kepada RM1.10 bilion daripada RM1.05 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan positif daripada kedai baharu.
Syarikat MKD sumbang lebih RM50 bilion sebagai dividen kepada kerajaan pada 2022 - Ahmad Maslan
Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menyumbang RM50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan.
Koperasi Angkatan Tentera umum dividen 7 peratus
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pulangan dividen tujuh peratus kepada 156,156 anggotanya membabitkan pembayaran sebanyak RM130.4 juta bagi tahun 2022.
Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
KAPB perkukuh prestasi, umum kadar dividen 8 peratus
Nilai pulangan pelaburan yang ditawarkan oleh KAPB juga merupakan antara yang tertinggi di Malaysia dengan kadar terendah sebanyak 8 peratus dan tertinggi sebanyak 15 peratus.
Dividen Simpan SSPN 2022 diumum 3.05 peratus, ganjaran kesetiaan 1 peratus
5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN akan menerima manfaat membabitkan anggaran peruntukan RM266.17 juta.