awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok ganja boleh ditanam, tapi...

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2019
04:18 MYT
Pokok ganja boleh ditanam, tapi...
Zulkifli berkata, sekiranya benar ganja boleh digunakan sebagai ubat, Kementerian Kesihatan perlu mengesahkan memandangkan mereka mempunyai pihak yang mempunyai kuasa.
Pokok ganja boleh ditanam bagi tujuan perubatan dan kajian tetapi perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu.
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 terdapat ruang untuk tujuan itu dengan syarat ia perlu mendapat kebenaran dahulu.
Beliau berkata, namun pokok ini tidak boleh ditanam sesuka hati sebaliknya perlu dikawal sebaiknya supaya tidak disalahgunakan untuk tujuan lain.
"Sebelum ini saya ada terbaca mengenai rakyat Malaysia yang berjaya menghasilkan minyak ganja, jadi saya rasa sayang, kalau benda ini betul. Sebab itu, penting untuk mendapat kelulusan Menteri Kesihatan terlebih dahulu sebelum ia boleh dihasilkan bagi tujuan perubatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Apresiasi AADK Pahang bersama Rakan Pintar dan Rakan Strategik di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang di sini, malam tadi.
Zulkifli berkata, sekiranya benar ganja boleh digunakan sebagai ubat, Kementerian Kesihatan perlu mengesahkan memandangkan mereka mempunyai pihak yang mempunyai kuasa.
Topic Berkaitan
#AADK
#Dadah
#ganja
#Kementerian Kesihatan
#Kuantan
#pokok
#tanam
#ubat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan