awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok tumbang di lebuh raya, wanita sempat tekan brek

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/12/2019
01:43 MYT
Pokok tumbang di lebuh raya, wanita sempat tekan brek
Anggota bomba menggunakan alat pemotong untuk memotong dahan pokok dan membersihkan laluan di kawasan itu sehingga ia boleh dilalui. - Foto JBPM
Pantang maut sebelum ajal!
Seorang wanita bernasib baik kerana sempat menekan brek apabila sebatang pokok tiba-tiba tumbang di hadapannya ketika memandu di lebuh raya malam tadi.
Kejadian berlaku di Kilometer 98.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran susur keluar ke Gurun, melibatkan mangsa yang berusia 20-an.
Wanita itu sempat memberhentikan Perodua Myvi yang dipandunya, membuatkan dia terselamat dalam kejadian 9.20 malam itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya digerakkan.
Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebatang pokok tumbang merentangi susur masuk lebuh raya dan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mohamadul Ehsan berkata, tindakan BBP Aman Jaya adalah dengan menggunakan alat pemotong untuk memotong dahan pokok berkenaan selain dan membersihkan laluan di kawasan itu sehingga selesai sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#alat pemotong
#BBP Aman Jaya
#bomba
#Gurun
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM Kedah
#kereta
#Lebuhraya Utara Selatan
#mangsa
#Mohamadul Ehsan Mohd Zain
#Pokok tumbang
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan