[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Pokok tumbang di Sandakan akibat hujan berterusan

Rozalin Hashim 16/01/2025 | 10:04 MYT
Petugas Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) giat membersihkan kawasan yang terjejas akibat pokok tumbang di sekitar Sandakan - Foto APM Sandakan
Sandakan: Beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar bandar Sandakan berikutan hujan lebat yang melanda sejak awal pagi Khamis,
Kebanyakan panggilan yang diterima daripada orang awam memaklumkan beberapa pokok tumbang menghalang lalu lintas antaranya di Jalan GrandView, jalanraya IJM South Condo, Sri Taman, Jalan ILP Batu 5 dan laluan Pejabat Kastam, Batu 7.
Petugas Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  giat membersihkan kawasan yang terjejas akibat pokok tumbang di sekitar Sandakan - Foto APM Sandakan
Susulan itu, petugas daripada Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan dikerahkan ke lokasi kejadian serta-merta ke kawasan terjejas.
Operasi mengalihkan pokok tumbang dan membersihkan kawasan tersebut berjaya diselesaikan dengan bantuan agensi-agensi lain.
#Pokok tumbang #hujan lebat #Sandakan #APM