awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Erich von Daeniken, penulis teori ‘makhluk asing kuno’ meninggal dunia pada usia 90 tahun
Pelajar UPSI ditemukan lemas selepas cuba selamatkan rakan
Amerika akan dijatuhkan sendiri oleh tindakan Trump - Mat Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok tumbang hempap lima kenderaan di George Town

Bernama
Bernama
29/09/2025
03:30 MYT
Pokok tumbang hempap lima kenderaan di George Town
Tiga kereta dan dua motosikal rosak selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang di Lintang Macallum 2, George Town, awal pagi ini. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Hujan lebat disertai angin kencang sejak tengah malam tadi telah menyebabkan sebatang pokok besar tumbang dan menghempap lima kenderaan di Lintang Macallum di sini awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.40 pagi memaklumkan sebatang pokok telah tumbang.
Beliau berkata sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati sebatang pokok milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang tumbang telah menghempap tiga kereta serta dua motosikal.
"Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan kerja-kerja pemotongan serta pembersihan di lokasi dijalankan oleh Pasukan Keluaran Operasi menggunakan peralatan kebombaan gergaji berantai," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kerja-kerja berkenaan dijalankan oleh enam pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#George Town
#Pokok tumbang
#bomba
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan