awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis, AADK diminta pantau penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar

Bernama
Bernama
21/05/2022
10:13 MYT
Polis, AADK diminta pantau penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar
Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said bercakap ketika sidang media pada majlis perasmian penutup program Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama masyarakat sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Pahang 2022 hari ini. - BERNAMA
TEMERLOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diminta memantau penggunaan rokok elektronik (vape) dalam kalangan pelajar sekolah dengan menjalankan pemeriksaan secara rawak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.
Beliau berkata langkah itu perlu dilaksanakan memandangkan penggunaaan alat itu dilihat menjadi amalan pelajar sekolah kini, malah lebih membimbangkan terdapat kandungan perisa rokok elektronik yang boleh mengkhayalkan.
"Saya dimaklumkan ada dalam kalangan pelajar sekolah yang ketagihan vape dan kita tidak mahu ia jadi satu amalan. Malah, vape ini ada perisa tertentu misalnya 'mushroom' yang memang bahaya.
"Sekiranya terbukti mereka penagih perisa itu ('mushroom'), kita perlu hantar ke pusat rawatan. Justeru, saya minta AADK dan polis melakukan pemeriksaan rawak melibatkan pelajar sekolah dan remaja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan Program AADK Bersama Masyarakat Sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Pahang 2022 yang turut dihadiri Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon.
Tambah Ismail, terdapat pelajar sekolah dan remaja yang merupakan penagih perisa 'mushroom' telah dihantar ke pusat rawatan untuk pemulihan.
Selain itu, AADK dan Pegawai Perhubungan Sekolah yang terdiri daripada polis diminta mengadakan kerjasama dengan pentadbiran sekolah dalam membendung isu berkenaan, katanya.
Terdahulu, beliau dalam ucapannya menyeru ibu bapa sentiasa memerhatikan anak mereka, bagi mengelak terjebak dengan masalah dadah.
"Rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah sintetik lebih sukar kerana penggunaan dadah jenis ini boleh menyebabkan penagih menjurus kepada masalah kesihatan mental serta memerlukan program rawatan yang lebih spesifik.
"Sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan serius, jumlah mereka yang mengalami masalah mental akibat penyalahgunaan dadah akan terus meningkat dan menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman negara," kata Ismail.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#AADK
#vape
#rokok elektronik
#pelajar sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan