awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ada petunjuk baru kesan lokasi banduan lari

Aizat Sharif
Aizat Sharif
19/01/2013
11:45 MYT
Polis ada petunjuk baru kesan lokasi banduan lari
Polis telah mendapat petunjuk baru mengenai lokasi persembunyian dua lagi banduan yang masih diburu selepas kejadian melarikan diri di Butterworth pada 9 Januari lepas.
Dua lagi banduan yang masih dikehendaki itu dikenalpasti sebagai Hamzah Harun, 37 dan Hisham Abdul Rahman, 39.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata semenjak kejadian itu berlaku, polis menerima banyak maklumat dari orang ramai yang ternampak kelibat mereka.
“Namun, kita masih menganalisa maklumat itu dan terdapat beberapa petunjuk baru yang kami anggap positif pada ketika ini unutk mengesan mereka,” kata Mohd Bakri.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi sebenar kedua-dua banduan itu berada.
“Apa yang dapat disimpulkan disini adalah kedua-dua mereka dipercayai masih berada dalam negeri Pulau Pinang,” tegas beliau lagi.
Mohd Bakri turut menambah bahawa anggota polis di setiap sempadan negara telah dimaklumkan mengenai kedua-dua suspek.
Dalam kejadian 9 Januari lalu, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam.
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.
Ketiga-tiga suspek Mohamad Farid Akhtar, 24, Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, dan Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan semula enam hari selepas polis melancarkan gerakan memburu ke atas tujuh tahanan yang melarikan diri semasa dalam perjalanan dari penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth pada 9 pagiitu.
Mohamad Farid, ditahan ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Seman, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti.
Mohamad Khairulnizam pula ditahan dalam sebuah kafe internet di Berapit, Bukit Mertajam.
Topic Berkaitan
#banduan
#Mohd Bakri Zinin
#polis
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan