awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan rakam keterangan ibu Neelofa

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2021
00:07 MYT
Polis akan rakam keterangan ibu Neelofa
Polis Selangor akan merakam keterangan Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Selangor akan merakam keterangan Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor.
Ia dipercayai ada kaitan dengan sebuah tangkap layar (screenshot) dari akaun Instagram miliknya, @noorkartini berkenaan satu hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor.
Memetik laporan SInar Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kes itu sebelum ini disiasat polis Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, ia telah diserahkan kepada pihaknya selepas mendapati insiden itu berlaku di Selangor.
"Jika perlu, kita akan memanggil semula wanita berkenaan untuk melengkapkan siasatan.
“Saya dimaklumkan wanita itu membuat laporan polis di Kuala Lumpur dan percakapannya sudah direkod oleh polis di kontinjen berkenaan," katanya sebagai dipetik Sinar Harian pada Isnin.
Pada petang Ahad, Astro AWANI telah menerima mesej di aplikasi WhatsApp berhubung isu berkenaan daripada pihak pengurusan Neelofa, bagi pihak Noor Kartini, yang cuba menjelaskan perkara tersebut.
BACA: Ibu Neelofa mohon maaf pada Istana Johor, Tunku Idris ingatkan adab tidak boleh dijual beli
Menurutnya, individu yang dimaksudkan itu merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd yang secara tidak sengaja telah memuat naik Instagram Story tanpa menyedari menggunakan akaun @noorkartini.
Akaun milik Noor Kartini juga telah memuat naik kenyataan maaf berkenaan.
Topic Berkaitan
#ibu Neelofa
#Rakam keterangan
#Polis Selangor
#Noor Kartini Noor Mohamed
#Noor Neelofa Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan