awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan siasat kaitan kes kematian pengasas Ambank dengan kehilangan Kevin Morais

Norsiah Mohd Ramli
Norsiah Mohd Ramli
08/09/2015
10:04 MYT
Polis akan siasat kaitan kes kematian pengasas Ambank dengan kehilangan Kevin Morais
Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat kemungkinan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata polis akan berusaha dan komited menyelesaikan kes misteri ini.
"Kita akan mengkaji semua kemungkinan yang ada. Siasatan kami adalah berdasarkan fakta kes. Kita mahu selesaikan kes ini," katanya semasa ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014, di sini, hari ini.
9,485 menerima anugerah itu, antaranya Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Low Hong Soon.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara menolak kemungkinan kes kehilangan Kevin Morais mempunyai kaitan dengan pembunuhan Hussain Ahmad Najadi.
Najadi ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013.
Pada hari kejadian, Najadi dan isterinya, Chong Mei Kuen baru sahaja mengadakan pertemuan dengan seorang individu dan kemudian mereka diserbu oleh seorang lelaki bersenjata di parkir kereta di Lorong Ceylon.
Dilaporkan, Najadi dan Mei Kuen baru sahaja menghadiri rundingan membabitkan transaksi tanah bernilai jutaan ringgit .
The Rakyat Post sebelum ini ada melaporkan, kemungkinan Kevin Morais mengetahui mengenai intipati perbincangan yang dihadiri Najadi dan isteri, sehingga membawa kepada kehilangannya sehingga kini.
Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana warna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Topic Berkaitan
#ambank
#Anthony Kevin Morais
#Hussain Ahmad Najadi
#Noor Rashid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan