awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan siasat kes 1MDB - Ketua Polis Negara

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2014
04:33 MYT
Polis akan siasat kes 1MDB -  Ketua Polis Negara
Polis akan siasat kes 1MDB - Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukannya akan menyiasat kes yang dilaporkan oleh seorang Ketua Bahagian Umno berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lembaga pengarahnya, lapor Malaysiakini.
Khalid dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID).
"Memandangkan laporan polis telah dibuat, cawangan jenayah komersial akan siasat dan bincangkan kes tersebut dengan Pejabatan Peguam Negara untuk arahan,” katanya.
Khalid juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengarah syarikat terbabit akan dipanggil polis untuk siasatan.
Beliau mengulas mengenai laporan polis oleh Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semalam.
Dalam laporannya, Khairuddin menggesa polis menyiasat pengarah 1MDB dan memberi amaran bahawa beliau akan membuat satu laporan polis, ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika tiada tindakan diambil.
Topic Berkaitan
#1MDB
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan