awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ambil keterangan 10 saksi bantu siasatan tohmahan ke atas pegawai perkhidmatan awam

Bernama
Bernama
28/08/2023
12:47 MYT
Polis ambil keterangan 10 saksi bantu siasatan tohmahan ke atas pegawai perkhidmatan awam
Polis telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan berhubung akaun Facebook palsu 'Harapan Malaysia' dan 'Sahabat Anwar Ibrahim', yang digunakan untuk menyebar tohmahan terhadap pegawai perkhidmatan awam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan berhubung akaun Facebook palsu 'Harapan Malaysia' dan 'Sahabat Anwar Ibrahim', yang digunakan untuk menyebar tohmahan terhadap pegawai perkhidmatan awam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis juga sedang mengesan, pemilik kedua-dua akaun Facebook berkenaan.
Beliau berkata kenyataan palsu itu turut menggunakan nama Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD), untuk membuat tohmahan peribadi terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed.
"Polis masih menyiasat dan sedang mengenal pasti suspek yang terlibat. Saya juga ingin menasihatkan penjawat awam tidak mengeluarkan kenyataan spekulasi.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.
Pada 15 Ogos lepas, PPTD menafikan ada mengeluarkan dakwaan fitnah mengenai KSN dan KPPA. Susulan itu, Presiden PPTD Datuk Seri Isham Ishak dilapor berkata pihaknya hanya mengeluarkan kenyataan melalui saluran rasmi PPTD.
Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata PDRM turut menyiasat akaun Facebook 'Flat Earth Malaysia', yang menulis dan memberi komen melibatkan Institusi Diraja Johor.
"Siasatan kes itu disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis ambil keterangan
#KPPA
#akaun Facebook palsu
#Pegawai Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan